Thursday, August 27, 2009

SELAMAT DATANG KE SKDYS

SEJARAH SK DATO YAHYA SUBBAN

Chenderong balai mula dibuka dan di kenali dengan nama Bendang D.O. Pada tahun 1947, sebuah sekolah atap telah dibina dihadapan pekan chenderong Balai sekarang. Pada tahun 1960 kepada Sekolah Kebangsaan Chenderong Balai. Pada tanggal 3.5.1971 Sekolah Kebangsaan Chenderong Balai telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato'Haji Kamaruddin bin Haji Md. Isa, DPMP,KMN,JP. Menteri Besar Perak ketika itu. Pada ketika itu kemudahan paip air dan tandas pam telah disediakan. Namun pada sekitar tahun 1976 kemudahan elektrik baru disediakan. Pada tahun 1977 sekali lagi nama Sekolah Kebangsaan Chenderong Balai telah ditukar kepada nama Sekolah Kebangsaan Dato' Yahya Subban, Chenderong Balai. Pertukaran nama ini adalah sempena mengenangkan jasa Allahyarham Dato' Yahya Subban bin Haji Harun, DPMP, JP, PJK, bekas ahli Dewan Undangan Negeri, Perak. kawasan Sungai Manek. Kini sekolah Sekolah Kebangsaan Dato' Yahya Subban, Chenderong Balai telah mencapai kejayaan dari setahun ke setahun baik dalam bidang pelajaran mahupun dalam bidang sukan.

No comments:

Post a Comment